Akhirnya Julian Assange ditahan polis

Jenayah Luar Negara
Kongsi Artikel Ini

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange akhirnya ditahan polis setelah berlindung di Kedutaan Ecuador sejak 2012.

Perkara berkenaan dimaklumkan polis London pada Khamis.

Semalam, Assange memaklumkan bahawa pihaknya menyedari ada usaha intipan besar-besaran terhadapnya di Kedutaan Ecuador, merupai apa yang beliau sifatkan seperti babak dalam filem “The Truman Show“, lapor¬†CNN.

Ia melibatkan rakaman video dan audio daripada beberapa alat perakam yang dijumpai dalam kedutaan berkenaan, termasuk rakaman pemeriksaan kesihatan yang dilakukan Assange.

Turut diperoleh ialah perincian daripada dokumen undang-undang melibatkan Assange.

Assange berlindung di Kedutaan Ecuador selepas diburu kerana menerbitkan rahsia ketenteraan dan polisi luar kerajaan Amerika Syarikat.

Sebelum itu, dia dikehendaki di Sweden di atas dua pertuduhan serangan seksual. Bagaimanapun, kedua-dua dakwaan digugurkan.

Sumber : Awani

Kongsi Artikel Ini