Cili Merah Vietnam Kandungi Peratusan Racun Yang Tinggi

Kesihatan Semasa
Kongsi Artikel Ini

FAMA kini telah bertindak tegas menghalang kemasukan cili merah dari Vietnam yang didapati mengandungi peratusan racun melebihi kadar ditetapkan kerajaan.

Pengerusinya, Ishak Ismail, berkata usaha berkenaan mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Pertanian Industri Asas Tani yang memandang serius kes berkenaan kerana boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

“Kita sudah memaklumkan peniaga sayuran di semua pasar tani seluruh negara supaya tidak menjual cili merah Vietnam bagi mengelak barang jualan mereka dirampas.

“Cili merah berkenaan dijual pada harga lebih rendah berbanding cili tempatan namun ia membahayakan kesihatan pengguna,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Kekal Pekan, di sini, semalam.

Katanya, sekatan terhadap kemasukan cili merah Vietnam itu menyebabkan bekalan cili di pasaran tempatan terutama di pasar tani, pasar borong dan pasar besar berkurangan, namun FAMA sudah mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

Kongsi Artikel Ini