Hadiah bantal oleh penganjur, penganjur tahu selalu tidur dalam kereta kot.

Politik
Kongsi Artikel Ini

“Sudah 36 tahun saya berceramah , tidak pernah dihadiahkan oleh penganjur bantal. Tiba-tiba pengajur ceramah Perpaduan Ummah di Johor Bharu menghadiahkan bantal. Jenama Leyna. Alhamdulillah, mungkin pengajur faham, kami penceramah ini, kereta merupakan bilik tidur kedua.

Sebenarnya bab tidur, Allah beri kepada saya cukup mudah. Ini nikmat berjuang yang Allah berikan. Kadang-kadang lepas ceramah tidak sempat masuk gear dua, sudah lena. Banyak orang boleh beli tempat tidur, tetapi tidak boleh beli tidur.

Tidur sebahagian nikmat Allah. Syukurlah.”

Hadiah bantal oleh penganjur ceramah semalam di Johor Bharu. Penganjur tahu, selalu tidur dalam kereta kot. Ha ha. TK.

Posted by Idris Ahmad on Ahad, 14 April 2019

Beliau menerima saguhati tersebut semasa ceramah Perpaduan Ummah di Johor Bahru yang turut dihadiri oleh Dr. Mohd Mazri Yahya (YDP PAS Johor Bahru), Ustaz Abdullah Husin (Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor) dan Tan Sri Shahrir Samad (Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru)

Lensa Haraki JDT

Ustaz Idris Ahmad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Naib Presiden PAS dan Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-7502235206515150", enable_page_level_ads: true });
Kongsi Artikel Ini