Sungguh BIADAB PENGHINAAN Asiah Abdul Jalil Terhadap Rasulullah ﷺ

Semasa
Kongsi Artikel Ini

Semoga Allah terus membimbing kita… tidak terjerumus ke dalam perangkap SYA1TAN…

Anda bacalah sendiri PENGH1NAAN daripada seorang ‘MUSLIMAT’ terhadap RAsulullah ﷺ.

Jangan mudah terpengaruh dengan penampilan fizikal luaran….

Bila seorang ‘MUSLIMAH’ terpengaruh dengan pemikiran L1BERAL, ia sungguh B4HAYA kerana dibimbangi akan mempengaruhi orang2 yang CETEK pegangan agama di luar sana…

Asiah Abdul Jalil wrote…

Saya cakap terang-terang kat encik suami, dalam bab rumah tangga, jangan jadikan Nabi sebagai contoh. Saya tidak kepingin karakter suami sebegitu.

Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan saya tidak suka.

Contohnya, Nabi senang-lenang beribadah di Gua Hira’ dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan isteri seorang. Sesuatu yang pak lebai tabligh contohi dan amalkan hingga kini, nak beribadah tanpa gangguan katanya.

Nabi berkahwin lain dengan isteri baru tanpa pengetahuan isteri-isteri baginda yang sedia ada. Sebab tu lelaki Muslim yang acah-acah nak mencontohi sunnah poligami, mereka juga mencontohi muslihat kahwin senyap-senyap di belakang isteri ini.

Nabi bila pening kepala dengan kerenah isteri-isteri baginda, Allah beri jalan keluar dengan ugutan talak terhadap isteri-isteri yang bermasalah. Rujuk awal surah At-Tahrim. Sebab tu lelaki Muslim sampai sekarang guna kuasa talak untuk mendapatkan ketaatan dan kepatuhan isteri.

Saya tidak sesabar isteri-isteri Nabi. Saya juga tak ingin nak kejar syurga melalui tapak kaki suami. Sampai bila-bila saya takkan boleh “bersuamikan seorang Nabi”. Jadi tak perlulah encik suami berubah menjadi Nabi. Confirm saya akan walk away nanti.

sumber; Asiah Abd Jalil

Kongsi Artikel Ini