Shamsul Ghau Ghau ditauliah mengajar Al-Quran di Selangor

Islam Semasa
Kongsi Artikel Ini

Pelakon dan pelawak, Shamsul Azahar Ghau atau lebih dikenali Shamsul Ghau-Ghau gembira apabila diberikan kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berkongsi berita gembira itu, beliau memamparkan gambar kad berkenaan di laman sosial Instagramnya, semalam.

Kad tauliah kategori D3 itu adalah tauliah mengajar Al-Quran dan Shamsul kini dibenarkan mengajar di sekitar Selangor.

“Alhamdulillah ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mengajar dan mendidik Pak Su.

“Ini bukti kepada kawan-kawan untuk kembali belajar dan membaca Al-Quran,” katanya yang kini selesa dengan panggilan Pak Su.

Rata-rata pengikut Instagramnya yang terdiri daripada kenalan artis dan peminatnya meluahkan rasa bangga dengan berita gembira itu.

Terdapat juga pihak yang meluahkan hasrat untuk belajar mengaji bersama Shamsul.

Kongsi Artikel Ini