Usah jadikan ‘intern’ sebagai ‘budak suruhan’ untuk buat kerja fotostat

Gaya Hidup Semasa
Kongsi Artikel Ini

Latihan Industri merupakan satu kursus wajib yang perlu diambil oleh semua penuntut universiti, politeknik mahupun institusi lain untuk memenuhi syarat bergraduasi. Ia merupakan satu cara untuk memberi pendedahkan awal kepada para mahasiswa tentang realiti sebenar alam pekerjaan.

Kebiasaannya, pelajar tersebut akan memilih sendiri tempat latihan (syarikat) yang bersesuaian dengan bidang mereka dan harus menjalani tempoh latihan industri selama tiga hingga enam bulan. Hal ini berikutan mereka perlu mencari kemahiran serta pengalaman dalam bidang berkaitan sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Disebabkan itulah, pemilihan syarikat adalah sangat penting kerana ia akan menentukan ketersediaan para pelatih tentang persekitaran kerja, kemahiran bekerja serta tugas asas jawatan yang bakal dipohon.

Dan sepanjang tempoh latihan itu, pelatih harus menunjukkan komitmen dan tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini demikian kerana banyak syarikat yang terus merekrut pelatih menjadi pekerja tetap setelah nampak keupayaan mereka, malah ia menjimatkan masa dan tenaga untuk melatih pekerja baru.

Namun, tular apabila Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan Sharif yang memang terkenal dengan tips tentang dunia pekerjaan di laman Twitternya telah membangkitkan isu berkaitan pelatih latihan industri. Menurutnya :

Ciapan tersebut telah mendapat lebib dari 7,300 ulang kicau, 4,600 likes dan pelbagai reaksi dari pengguna laman terbabit. Rata-rata pengguna bersetuju dan menyokong hujah Norizan kerana sepatutnya pihak majikan perlu memberi ilmu serta pendedahan tentang hakikat kerja sebenar dalam tempoh latihan industri.

Namun sebagai pelajar pelatih, anda perlulah sentiasa rajin mencari peluang untuk belajar. Jangan sesekali mengeluh sewaktu diminta berbuat sesuatu. Anggaplah itu satu dari proses pembelajaran. Jadilah seorang pelatih yang gemar bertanya dan jangan sombong seolah-olah kerja yang ditugaskan itu tidak layak untuk dilaksanakan.

Masih panjang perjalanan sebelum menempuh alam pekerjaan, jadikan ia satu pengajaran untuk masa depan.

Sumber : Norizan Sharif

Kredit : Siakap Keli

Kongsi Artikel Ini