Semua pasti tahu bahawa kamera merupakan sebuah alat yang digunakan untuk merakam imej pegun dan detik-detik indah yang dapat diabadikan sebagaikan kenangan. Sesuai dengan peredaran waktu, terdapat banyak rekaan kamera yang mempunyai pelbagai fungsi.
Penggunaan kamera ini tidak terhad untuk merakam momen sahaja, ia turut digunakan berbagai aspek terutamanya dalam bidang keselamatan. Pada kebiasaannya, pihak berkuasa akan menggunakan kamera litar tertutup untuk mencegah dan membenteras jenayah.
Ia merupakan sistem pengawasan yang diaplikasikan untuk tujuan pemantauan, perekodan, transmisi mahupun pengawalan sesbuah kawasan. Tetapi kini, jelas dapat dilihat bahawa kemudahan ini telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab demi kepentingan mereka.
Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga, memastikan keselamatan diri dan keluarga dari menjadi mangsa seterusnya. Ini adalah cara-cara mudah untuk mengesan kamera tersembunyi yang diletakkan di rumah mahupun kawasan (bangunan) yang anda kunjungi.