9 Tips Kecantikan Berkesan Untuk Wanita Muslimah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”

(Riwayat Muslim)

Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.

1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.

2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari

3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.

4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.

5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah ‘sabun’ yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), ‘sabun’ ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.

6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.

7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.

8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.

9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.

Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. Insyhaallah !

Sumber : homefamilysite.com

2 responses to “9 Tips Kecantikan Berkesan Untuk Wanita Muslimah”

  1. Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.

  2. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita. Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Artikel Terkini