Bagaimana Cara Merangsang Anak Membaca?

Bagi yang tertanya-tanya, bagaimana cara merangsang anak membaca dengan cepat, ikuti tips di bawah ini:

  1. Bercakap dengan jelas

Sebelum anak didedahkan kepada bahan-bahan bacaan, anak-anak didedahkan dahulu dengan proses perkembangan bahasanya. Di rumah kita bercakap dengan jelas kepada mereka dan menggunakan banyak perbendahaaraan kata. Ini akan membantu mereka di dalam proses membaca kerana mereka akan mudah menyebut perkataan-perkataan yang mereka pernah dengar dan praktikkan.

  1. Pendedahan awal

Dedahkan minat membaca ini sejak dari awal lagi iaitu ketika anak masih bayi. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk mengajar anak membaca ketika bayi. Bercakap dengan kerap kepada bayi anda adalah satu proses awal sebelum mendedahkan mereka kepada buku bacaa. Jadi mulakannya dari sekarang!

  1. Ajak anak berbual

Galakkan anak-anak untuk bercakap seperti memberikan pandangan dan pendapat. Ini membantu mereka untuk mempraktikkan perkataan-perkataan yang mereka dengar.

  1. Tunjuk gambar dan cerita

Mulakan pembacaan awal dengan buku bergambar. Kita ceritakan tentang gambar tersebut dan kemudian galakkan pula anak untuk bercerita tentang gambar tersebut.

  1. Jangan sampai memaksa

Lakukan aktiviti pembacaan dalam susasana yang gembira dan jauh dari tekanan. Ramai ibubapa yang ingin anak cepat membaca, namun lakukannya dalam cara yang tidak memaksa. Berilah anak kebebasan dan berikan dia sedikit ruang untuk belajar dalam keadaan yang menggembirakannya.

  1. Tunjukkan contoh pada anak

Jadikanlah amalan membaca itu satu budaya di dalam keluarga. Jika kita adalah ibubapa yang suka membaca, maka anak-anak juga akan rasa terangsang dengan membaca. Tiada paksaan dan mereka akan dengan sendirinya memilih buku dan mula melihat gambar-gambar yang menarik.

  1. Izinkin anak pilih buku sendiri

Adakan ruang khas seperti perpustakaan mini untuk anak. Beri mereka ruang untuk memilih sendiri buku kegemaran mereka. Tidak mengapa jika hanya memilih buku yang sama kerana ia juga bagus untuk langkah awal membaca.

  

Akhir kata
Rangsangan berterusan amat perlu bagi memastikan anak dapat membaca seawal mungkin. Semoga dengan kemahiran membaca ini, anak akan lebih bijak, menjadi anak yang soleh dan solehah demi kepentingan Islam. Kalau anak ada menunjukkan sindrom lambat membaca, bawa jumpa doktor. Ini kerana anak tersebut mungkin ada risiko dyslexia.

 

Selamat membaca bersama anak!

Sumber Dari islamituindah.my

2 responses to “Bagaimana Cara Merangsang Anak Membaca?”

  1. Secara dasarnya, semua kanak-kanak suka membaca. Rangsang anak bercakap dan membaca perlukan pertolongan ibu-bapa. Namun, jika kegemaran dan keinginan membaca itu tidak dirangsang, ia akan menyukarkan anak-anak untuk pandai membaca. Di dalam Islam itu sendiri, membaca dan menuntut ilmu itu adalah satu tuntutan yang sangat besar kesannya.

  2. Karena aktivitas menulis tidak mungkin maksimal tanpa anak dapat membaca, artikel ini akan mengkhususkan pada cara mengajari anak untuk membaca. Saat berada di rumah, orang tua harus mengajari anak membaca agar materi yang disampaikan di sekolah dapat terserap dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Artikel Terkini